KLIK SINI

Showing posts with label Koleksi Pelamin. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Pelamin. Show all posts

Friday, 2 May 2014

FASA BARU KEHIDUPAN

Setiap kita sememangnya akan melalui pelbagai fasa kehidupan. Bermula dari bayi, melalui zaman kanak-kanak, zaman remaja, alam perkahwinan dan alam usia emas. Begitulah rentetan kehidupan yang penuh dengan suka dukanya.

Begitu juga saya, Alhamdulillah dengan izin-Nya, telah selamat saya melangsungkan perkahwinan dengan cinta hati saya, En. Hubby pada 07 Februari 2014. Sejak itu kehidupan saya mula berubah. Menjadi semakin sibuk terutama di hujung minggu, maklumlah buat masa ini kami weekend husband and wife. Sorang di Cheras, sorang lagi Skudai. Kehidupan yang agak berubah ini membuatkan agak kurang masa dengan mak, abah dan keluarga masing-masing.

Tetapi berkat bermuzakarah dengan suami dan juga istikharah pada-Nya, maka itulah nekadnya keputusan saya, iaitu meletakkan jawatan sebagai Pengurus R&D & Projek di Johor, untuk memulakan hidup baru bersama suami di Cheras, Selangor.

Begitu beratnya keputusan ini dibuat, tapi berdasarkan ketaatan kepada suami dan redha Allah, saya teruskan juga. Tentu saja keputusan ini mendapat tentangan dari mak, abah dan keluarga saya, tetapi atas dasar tawakkal  dan sokongan En. Hubby, saya optimis untuk meneruskan hidup baru ini. Sebelum itu, jom layan gambar-gambar kahwin kami..









Thursday, 22 November 2012

CINTA HATI SAYA YANG BARU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Begitu lama saya tidak up-date blog ini, hampir bersawang lama tak dijengah. Kesibukan dan beberapa perkara yang harus diselesaikan membuatkan blog ini terbiar tanpa perhatian. HAHA...


Tapi tak mengapa, kini saya telah kembali dengan semangat baru yang membara dalam diri. Dengan adanya CINTA HATI saya yang terbaru!....


Dengan cinta pada Ilahi, Rasulullah SAW, mak abah, serta keluarga yang dikasihi.. kerjaya yang membina diri, kini saya mula berjinak-jinak pula, bergabung dengan kakak dan adik saya, membantu mengembangkan bisnes Bridal kakak saya iaitu LIZZAS BRIDAL.


LIZZAS BRIDAL dah lama bertapak, cuma saya yang sejak akhir-akhir ini amat berminat untuk terlibat (secara part time sebenarnya). Doakan semoga hasil usaha ini mendapat sambutan serta mendapat keberkatan dari Ilahi. Doakan yang baik-baik ye :-)






Jom layan gambar-gambar hasil usaha saya dan team di LIZZAS BRIDAL.






Nampak tak bunga foam besar warna purple dan hitam tu? Itu hasil tangan saya sendiri. Siapa berminat nak beli boleh call ye nanti:-)



Untuk bakal pengantin di sekitar Johor atau di mana saja, boleh lah hubungi kami untuk perkhidmatan di hari istimewa anda ye. Boleh hubungi saya di nombor : 012-7802512.

ISI PESANAN ANDA DI SINI

Name:
Email Address:
Tel No:
Mailing Address / Alamat Penghantaran
Your Order (please mention code products if any / Pesanan Anda (sila letakkan kod produk, jika ada)
Payment Via / Bayaran melalui: Maybank2u
CIMB Clicks
RHB
Cash Transfer

Put a website form like this on your site.