KLIK SINI

Friday 2 March 2012

WANGI FIRDAUSI

Hari ini Sabtu 3 Mac 2012


Balik jogging tadi, terus sapu laman rumah dan basuh kain sambil tengok TV. Pukul 10 pagi, tajuk drama tu, WANGI FIRDAUSI.


Mungkin, ramai di kalangan kita yang memang tak minat dengan Filem atau Drama Melayu. Tapi, bukan itu yang hendak aku persoalkan kali ini. Cuma, aku begitu tertarik dengan ceritanya yang banyak pengajaran yang boleh diambil oleh setiap dari kita.


Drama ini lakonan Iqram Dinzly, Norish Karman dan beberapa pelakon terkenal lain. Yang jadi heroinnya, hmm... aku tak tau namanya tapi dia merupakan menantu perempuan kepada Chef Wan yang baru je kahwin baru-baru ni.


Kisahnya begini, Iman (lakonan menantu Chef Wan) baru saja menyambung pelajaran di sebuah kolej. Di situ Iman berkenalan dan bercinta dengan Firdaus (lakonan Iqram). Tidak sampai setahun kenal dan bercinta, dan belum pun habis belajar, Iqram telah melamar Iman untuk dijadikan isteri.


Alasan atau asas kepada lamaran itu adalah kerana ingin menjalinkan hubungan yang halal dan mengelakkan maksiat.


' Mana yang lebih utama. Belajar dan dikelilingi oleh maksiat atau belajar di samping mengikut sunnah Rasulullah SAW'.


Niat mereka baik, tapi begitu mengecewakan ibu bapa Iman yang mengharapkan Iman akan mendapat segulung ijazah, dan membela mereka di hari tua.. Airmata ibu dan rajuk si bapa tidak dapat menghalang keinginan Iman dan Firdaus untuk berkahwin. Selepas akad nikah.. bermula lah episod kehidupan mereka yang sebenar..


' Abang ikhlas nak kahwin dengan Iman. Abang akan jadikan rumahtangga kita sewangi Firdausi'.




CABARAN PERTAMA: AWAL PERKAHWINAN


Iman dan Firdaus masih belajar. Maka Firdaus perlu membuat kerja sambilan selepas kuliah untuk menyara hidup mereka berdua. Iman dan Firdaus menyewa bilik buat sementara waktu.


Apabila hubungan dah halal.. episod seterusnya tentulah nak dapat baby kan...? Iman disahkan mengandung,  disambut dengan kesyukuran oleh mereka.. tapi..disambut pula dengan pelbagai dugaan lagi...


Kerana dah asyik uwek2 dan alahan, Iman terpaksalah tangguh 1 semester pengajiannya. Kecewa hati mak dan abah Iman.. menanti-nanti ijazah si anak. 
Dalam pada Firdaus sibuk bekerja, ada jiran bilik (lelaki lah pulak..) yang begitu ambil berat pasal Iman. Maklumlah.. Firdaus sibuk cari rezeki.. kadang2 terabai juga Si Iman tu. Rajinlah pulak si jiran tu hantar buah lah.. tolong sidai kain lah..


oopss.. tapi tetap tak mengubah hati Iman tau.. Sebab Iman ni jujur, dia ceritalah pasal kebaikan jiran dia tu pada Firdaus. Apalagi.. mengamuklah suami dia tu..


Apa jadi selanjutnya?? Nanti kita sambung lagi ye..



ISI PESANAN ANDA DI SINI

Name:
Email Address:
Tel No:
Mailing Address / Alamat Penghantaran
Your Order (please mention code products if any / Pesanan Anda (sila letakkan kod produk, jika ada)
Payment Via / Bayaran melalui: Maybank2u
CIMB Clicks
RHB
Cash Transfer

Put a website form like this on your site.