KLIK SINI

Friday 23 November 2012

Shopping : Rewards untuk Diri Sendiri


Assalamualaikum... Selamat malam.

Hari ni, hari Jumaat, macam biasa waktu rehat tengahari agak panjang dari pukul 12.15tgh hingga 2.45ptg. Jadi, macam biasa bagi kaum perempuan macam kita ni.. sukalah habiskan masa kat shopping complex kan.


Saya mula-mula kononnya nak window shopping aje kat AEON Taman Universiti... tapi eh tiba-tiba terbeli la pulak.. Ada 2 barang aje.. Tapi apa yang membuatkan saya nak berkongsi adalah..... meh tengok meh...



Ini dia... EDT Enchanteur Paris Mon Amie lengkap dengan losyen  nya sekali 

Harga EDT ni hanya RM 22.80 dan losyen nya berharga RM 7.80.  Beli EDT  dapat free Jewellery Pouch. Nampak tak kat gambar kat bawah tu. Nampak kat situ warna pink kan? Tapi kalau beli jenis Mon Amie ni dapat warna biru muda. 

ha, yang ni saya punya. Well ok la. Boleh letak brooch, cincin rantai, gelang..


Tapi Jewellary Pouch ni Free Gift terbaru . Bulan lepas saya beli dapat gelang tangan. Macam gambar kat bawah. Hmmm.... tapi gelang tu macam pelik sikitla... Rasa-rasanya tak kan pakai kot. 

Apa yang membuatkan saya rasa suka sangat dengan produk ni??

Pertama : Kerana bau nya sangat wangi dan segar. Tidak terlalu kuat dan tak sampai menusuk-nusuk ke hidung. Sebenarnya Enchanteur Paris ni ada 3 jenis dan dah lama pun produk ni keluar (bulan 9, 2011). 

Type 1: Belle Amour (Warna Pink) - Bau nya romantik sangat
Type 2: Mon Amie (Warna Kuning) - Yang saya suka suka suka suka suka sangat-sangat tu
Type 3: Adore (Warna Biru) - Bagi saya bau nya agak keras sedikit.

Mana yang berminat boleh jenguk link ini : ENCHANTEUR PARIS

Jadi terpulang ikut keselesaan dan kesesuaian masing-masing. Memilih pewangi untuk diri sendiri ni kena betul-betul tahu kesesuaian dan apa tindakbalas pewangi tu bila dah kena badan dan peluh kita.




Untuk saya pula, saya memilih MON AMIE ni untuk kegunaan seharian, pergi kerja. Sebab harganya murah, pagi boleh pakai, lepas solat zohor boleh pakai lagi, lepas asar pakai lagi. 


Kadang-kadang nak tidur pun sembur. Tak sayang-sayang pun sebab harganya berpatutan. Lagipun waktu kerja saya, banyak dihabiskan di lab saja. Eh, tapi memang berbaloi tau. Bila pakai losyen dan EDT memang wangi sangat... Terima kasih pada housemate (Hajjar)  yang kenalkan produk ni.




Minyak wangi mahal sikit macam Dreaming Tommy Hilfiger (Wangian kesukaanku), boleh diguna di waktu-waktu yang agak - agak istimewa dan ketika bertemu dengan orang-orang yang istimewa. TAK GITU?

Kalau berminat nak cuba, silalah ke WATSON atau mana-mana pusat membeli belah berhampiran ye!

Okaylah.. untuk itu sekian dulu. Wassalam. 

Thursday 22 November 2012

CINTA HATI SAYA YANG BARU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Begitu lama saya tidak up-date blog ini, hampir bersawang lama tak dijengah. Kesibukan dan beberapa perkara yang harus diselesaikan membuatkan blog ini terbiar tanpa perhatian. HAHA...


Tapi tak mengapa, kini saya telah kembali dengan semangat baru yang membara dalam diri. Dengan adanya CINTA HATI saya yang terbaru!....


Dengan cinta pada Ilahi, Rasulullah SAW, mak abah, serta keluarga yang dikasihi.. kerjaya yang membina diri, kini saya mula berjinak-jinak pula, bergabung dengan kakak dan adik saya, membantu mengembangkan bisnes Bridal kakak saya iaitu LIZZAS BRIDAL.


LIZZAS BRIDAL dah lama bertapak, cuma saya yang sejak akhir-akhir ini amat berminat untuk terlibat (secara part time sebenarnya). Doakan semoga hasil usaha ini mendapat sambutan serta mendapat keberkatan dari Ilahi. Doakan yang baik-baik ye :-)






Jom layan gambar-gambar hasil usaha saya dan team di LIZZAS BRIDAL.






Nampak tak bunga foam besar warna purple dan hitam tu? Itu hasil tangan saya sendiri. Siapa berminat nak beli boleh call ye nanti:-)



Untuk bakal pengantin di sekitar Johor atau di mana saja, boleh lah hubungi kami untuk perkhidmatan di hari istimewa anda ye. Boleh hubungi saya di nombor : 012-7802512.

ISI PESANAN ANDA DI SINI

Name:
Email Address:
Tel No:
Mailing Address / Alamat Penghantaran
Your Order (please mention code products if any / Pesanan Anda (sila letakkan kod produk, jika ada)
Payment Via / Bayaran melalui: Maybank2u
CIMB Clicks
RHB
Cash Transfer

Put a website form like this on your site.