KLIK SINI

Friday 8 February 2013

Bunga Rose Satin

Assalamualaikum Warahmatullah & Selamat Bercuti di Hujung Minggu ++ Cuti Chinese New Year.

Sekarang ni dah jadi satu trend pula, gadis-gadis / wanita-wanita bertudung yang pakai brooch bermotifkan fabric flower then sangkut kat tepi telinga. Tak percaya? Meh tengok.



Gambar -gambar ni diambil dari page Anggun Zara, jadi sesiapa yang berminat boleh klik link ini ye http://www.facebook.com/AnggunZara

Hmmm.. ini adalah iklan yang tidak berbayar kepada penulis ye.. Haaa... nampak tak? Nampak sweet sangat apabila tengok model menggayakan brooch fabric flower ni. Jadi, aku pun macam tak nak ketinggalan arus semasa, suatu hari tu cuba pakai bawak pegi kerja. Hmm.. tetapi... pandangan semacam dari staff tiba-tiba buat aku rasa kurang keyakinan diri pulak nak pakai..

So, I think I wore not in the right time and not in a right place. Pergi lab je kot... Nak pakai bunga bagai.. Nak suruh mikrob kat lab tengok. Hehehe... Tapi masih tak putus asa. Tetap akan pakai macam yang model gayakan ini waktu jalan-jalan santai kat luar. hehehe..






Ini fabric rose yang aku buat sendiri, untuk dijahit pada kain plain berwarna grey. Tak sabar nak DIY

So, untuk inspirasi kecantikan untuk wanita di luar sana, jangan segan-segan untuk bergaya asalkan kita selesa dan tidak menjolok mata. Jom pakat beli brooch fabric flower jom.

Rumpai Laut Part 3

Khasiat Rumpai Laut Siaran Nona TV3

Untuk sesiapa yang berminat dengan rumpai laut, boleh tonton siaran ini. ooops.. itu saja update saya hari ini. Terimassssss...

Friday 11 January 2013

Rumpai Laut Asli Part 2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Berkesinambungan dari catatan yang lepas iaitu  Rumpai Laut Asli Eurchema Cottoni, di sini saya nak tunjuk sikit gambar untuk rujukan sesiapa yang baru berkenalan dengan rumpai laut asli ni.

Cuma maaf, sebab gambar ni agak tak clear sebab hanya di snap guna Blackberry saja. Nanti di entri yang lain, Insya Allah saya letak gambar yang lebih baik kualitinya ye...

Gambaran rumpai dari jarak dekat

Ini yang aku dah siap masak. Campur oren sikit supaya senang nak ditelan

Rumpai Laut yang belum dimasak



Rumpai Laut Asli Eurchema Cottonii


Assalamualaikum & Selamat tengahari untuk pembaca blog ini… :-)

Bersesuaian dengan nama blog ini “KECANTIKAN SUATU INSPIRASI”, kali ini aku nak berkongsi tentang kebaikan Rumpai Laut Asli.

Sekarang, produk ini dah semakin popular penggunaannya lantaran khasiatnya yang dikatakan boleh meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh manusia. Hmm… kolagen? Wah, bila mendengar tentang kolagen, tentu antara yang amat-amat berminat tentang perkataan ini, rata-ratanya adalah wanita kan?

Kerana kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia dan penting untuk menyokong sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Jadi berdasarkan fungsi itu, maka nyatalah kekurangan kolagen di dalam tubuh boleh menyebabkan hilangnya keanjalan kulit. Senang cakap, kulit akan nampak berkedut dan kurang berseri.

Namun apa yang nyata, penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Jadi bagi wanita yang sudah melepasi umur 25 tahun ke atas amat perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekalkan atau sekurang-kurangnya melambatkan proses penuaan kulit.
Tetapi, jangan risau kerana kekurangan kolagen ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan tertentu yang tinggi kandungan Vitamin C, Vitamin B Kompleks dan Vitamin E yang boleh menggalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh secara semulajadi.



Jadi, apa kaitannya dengan Rumpai Laut Asli ni?

Apabila pertama kali diperkenalkan dengan sahabat aku, Rina dengan rumpai laut ni, aku pun agak cuak atau teragak-agak nak menggunakannya. Tapi kata orang, tak kenal maka tak cinta, kan?  Pun begitu, kerana aku berpendidikan berlatarbelakangkan sains dan kerja pun sebagai penyelidik, maka macam tak boleh lelap mata selagi aku tak tahu, tak mencari dan tak meng “GOOGLE”li apa itu rumpai laut ni.


Dan hasil pencairan itu maka tahulah aku bahawa rumpai laut ini atau nama saintifiknya Eurchema Cottonii adalah rumpai laut yang banyak hidup di perairan Sabah. Menurut kajian penyelidik Universiti Malaysia Sabah, rumpai ini amat kaya dengan serat, mineral, protein dan vitamin.

 Sila rujuk : Paparan Media ini.
 

Kandungan Rumpai Laut
Sumber
  Kandungan
Ash
37.15–46.19%
Dietary Fibers
25.05-39.67
Lipid Content
0.29-1.11%
Macro-Minerals (Na, K, Ca and Mg
12.01-15.53%
Trace Minerals
(Fe, Zn, Cu, Se and I).
7.53–71.53 mg.100 g−1
Protein Content
9.76%
Polyunsaturated Fatty Acid
51.55%
Eicosapentaenoic Acid
24.98%
Vitamin C
∼35 mg.100 g−1

 Α-Tocopherol

5.85–11.29 mg.100 g−1







Kebaikan Rumpai Laut
  • Membantu penghasilan kolagen secara semulajadi melalui pengambilan sebagai bahan makanan tambahan. Maka kulit akan lebih anjal, berseri-seri….
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka melalui kandungan ethanolic        dan ekstrak akues di dalam rumpai laut (Samaneh G.F et.al 2011).
  • Menyekat pertumbuhan tumor payudara melalui tindakan polyphenol yang tinggi di dalam rumpai laut (Farideh, N et.al 2012)
  • Berita baik untuk mereka yang menghadapi masalah keguguran rambut!.  Ekstrak Ethanolic Eucheuma cottonii boleh menggalakkan pertumbuhan rambut dan penyembuhan luka (Samaneh G.F et al., 2011).

Testimoni atas Pengalaman Sendiri
  • Sistem penghadaman lancar, tiada masalah sembelit dan sebagainya.
  • Pori-pori di muka semakin mengecil, sebab selain di makan, aku buat sebagai masker. Bukan di muka saja, kat tangan, kaki, malah seluruh badan pun boleh. Dengan harga yang amat berbaloi-baloi, tak sayang nak lumur kat seluruh badan. Hari-hari pun boleh.
  • Meningkatkan kelembapan kulit.


Testimoni Mak aku yang sama-sama makan

  • Mak ada masalah kencing manis dengan julat bacaan12. Tapi lepas sebulan mengamalkan rumpai ni, hari tu check dah turun hingga ke julat 6. Alhamdulillah.
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang berterusan untuk ibuku..
  • Macam biasa, kulit semakin lembab dan kurang kering.
Testimoni Adik aku, Yan, my lovely sister
  • Sebelum ni melalui pemeriksaan doctor ada masalah bengkak dalam perut dan ada ketulan kecil. Selepas 2 bulan pengambilan rumpai laut, baru-baru ni check, bengkak dah baik dan ketulan kecil di perut dah takde. Alhamdulillah. Apa pun ini semua atas izin dari-Nya juga.

·        Moga cepat dapat baby, adikku!

Sekarang tengah pujuk abah, supaya rajin-rajin buka peti ais dah makan sendiri ekstrak rumpai laut tu. Abah aku ni memang nak makan, tapi hari-hari nak minta mak sediakan atas meja sebelum sarapan. Kalau mak terlupa. Dia pun terlupa sama. Alahai abah...
Bagi aku, setiap ciptaan Allah pasti ada kebaikkannya sendiri. Walauapapun, sepertimana yang dianjurkan Islam, buat apa pun biarlah berpada-pada. Walaupun khasiatnya banyak dan harganya murah, memadailah mengambilnya sepertimana yang disarankan.


Buat apa pun, makan apa pun, kalau berlebihan tetap ada mudaratnya. Macam kita makan nasi. Memanglah sebagai sumber karbohidrat kepada kita, memberi tenaga. Tapi kalau dah berlebihan, tak ke obes nanti jadinya. Tak gitu?? Hehe..

Okay lah sekian dulu untuk kali ini. Jumpa lagi di perkongsian ilmiah yang lain.

Sharing is Caring

Bagi yang berminat nak mendapatkan rumpai laut ni, boleh sms saya di nombor 012-7802512. Harganya murah saja RM 12 untuk 100gram tidak termasuk kos penghantaran. Ianya tahan untuk penggunaan sebulan. Memang berbaloi… ;-)

ISI PESANAN ANDA DI SINI

Name:
Email Address:
Tel No:
Mailing Address / Alamat Penghantaran
Your Order (please mention code products if any / Pesanan Anda (sila letakkan kod produk, jika ada)
Payment Via / Bayaran melalui: Maybank2u
CIMB Clicks
RHB
Cash Transfer

Put a website form like this on your site.