Assalamualaikum... Selamat malam.
Hari ni, hari Jumaat, macam biasa waktu rehat tengahari agak panjang dari pukul 12.15tgh hingga 2.45ptg. Jadi, macam biasa bagi kaum perempuan macam kita ni.. sukalah habiskan masa kat shopping complex kan.
Saya mula-mula kononnya nak window shopping aje kat AEON Taman Universiti... tapi eh tiba-tiba terbeli la pulak.. Ada 2 barang aje.. Tapi apa yang membuatkan saya nak berkongsi adalah..... meh tengok meh...
Ini dia... EDT Enchanteur Paris Mon Amie lengkap dengan losyen nya sekali |
Harga EDT ni hanya RM 22.80 dan losyen nya berharga RM 7.80. Beli EDT dapat free Jewellery Pouch. Nampak tak kat gambar kat bawah tu. Nampak kat situ warna pink kan? Tapi kalau beli jenis Mon Amie ni dapat warna biru muda.
ha, yang ni saya punya. Well ok la. Boleh letak brooch, cincin rantai, gelang.. |
Tapi Jewellary Pouch ni Free Gift terbaru . Bulan lepas saya beli dapat gelang tangan. Macam gambar kat bawah. Hmmm.... tapi gelang tu macam pelik sikitla... Rasa-rasanya tak kan pakai kot.
Apa yang membuatkan saya rasa suka sangat dengan produk ni??
Pertama : Kerana bau nya sangat wangi dan segar. Tidak terlalu kuat dan tak sampai menusuk-nusuk ke hidung. Sebenarnya Enchanteur Paris ni ada 3 jenis dan dah lama pun produk ni keluar (bulan 9, 2011).
Type 1: Belle Amour (Warna Pink) - Bau nya romantik sangat
Type 2: Mon Amie (Warna Kuning) - Yang saya suka suka suka suka suka sangat-sangat tu
Type 3: Adore (Warna Biru) - Bagi saya bau nya agak keras sedikit.
Mana yang berminat boleh jenguk link ini : ENCHANTEUR PARIS
Jadi terpulang ikut keselesaan dan kesesuaian masing-masing. Memilih pewangi untuk diri sendiri ni kena betul-betul tahu kesesuaian dan apa tindakbalas pewangi tu bila dah kena badan dan peluh kita.
Untuk saya pula, saya memilih MON AMIE ni untuk kegunaan seharian, pergi kerja. Sebab harganya murah, pagi boleh pakai, lepas solat zohor boleh pakai lagi, lepas asar pakai lagi.
Kadang-kadang nak tidur pun sembur. Tak sayang-sayang pun sebab harganya berpatutan. Lagipun waktu kerja saya, banyak dihabiskan di lab saja. Eh, tapi memang berbaloi tau. Bila pakai losyen dan EDT memang wangi sangat... Terima kasih pada housemate (Hajjar) yang kenalkan produk ni.
Minyak wangi mahal sikit macam Dreaming Tommy Hilfiger (Wangian kesukaanku), boleh diguna di waktu-waktu yang agak - agak istimewa dan ketika bertemu dengan orang-orang yang istimewa. TAK GITU?
Kalau berminat nak cuba, silalah ke WATSON atau mana-mana pusat membeli belah berhampiran ye!
Okaylah.. untuk itu sekian dulu. Wassalam.
No comments:
Post a Comment