KLIK SINI

Tuesday, 17 April 2012

Brown Paper & Doily Paper

Ingat lagi tak entri mengenai Flower Roller Tape ?

So, di sini dipaparkan apa yang kita boleh buat dengan Flower Roller Tape ini. 
Aku bercadang untuk menggunakan Flower Roller Tape ni untuk hiasan / deco brown paper bag.

Mula-mula tak tau kat mana nak cari Flower Roller Tape ni. Tapi Sabtu lepas, jalan-jalan dengan adik aku, Yan ke Jusco Bukit Indah. Terus ke DAISO, dengan harapan menggunung moga-moga adalah Flower Roller Tape idaman aku.


Sampai ke sana, ha...! memang ada, tapi colour yang berkenaan tak kena dengan warna pilihan hati. Yang agak-agak dekat cuma Roller Tape kat bawah ni. Ok lah tu ada juga warna kebiru-biruan. 

Beli kat DAISO RM5.00 




Bahan-bahan yang diperlukan adalah ini, ini, itu, itu dan itu. hehehe..




Ini Doily Paper. Saiz 4 inci. Beli di Kedai Kek kat Taman Perling. Dekat-dekat dengan Maybank & Public Bank Taman Perling, Johor. Harga RM 4. 50 untuk 250 pcs.


Brown Paper. Pun beli kat Taman Perling. RM 4.00 untuk 100pcs. 


 Gunting 



Kertas Origami  RM 1.40 untuk 50 keping


Cara-caranya:
  Potong kertas origami kecil-kecil dan tampal pada sudut bawah brown paper.


 Kemudian, tampalkan pula doily paper pada brown paper



Kemudian, isilah apa -apa goodies yang muat dalam brown paper tu. Selepas tu tampalkan dengan Flower Roller tape yang juga berwarna kebiru-biruan.  Dan.. inilah hasilnya...

,

,

,


,



,











,











,







Simple, mudah, menarik dan murah. Yang paling penting dibuat dengan keikhlasan dan kasih sayang... :-)

2 comments:

  1. Replies
    1. Johor di mana? mohon tunjuk ajar n pengalaman bg kat saya. leh share kat mana nak cari brg kawin yg murah..

      Delete

ISI PESANAN ANDA DI SINI

Name:
Email Address:
Tel No:
Mailing Address / Alamat Penghantaran
Your Order (please mention code products if any / Pesanan Anda (sila letakkan kod produk, jika ada)
Payment Via / Bayaran melalui: Maybank2u
CIMB Clicks
RHB
Cash Transfer

Put a website form like this on your site.