KLIK SINI

Friday, 27 April 2012

Cantiknya Hantaran Kahwin Fasha-Jejai


INSPIRASI HANTARAN





Sumber :Ini



SUMBER : OHBULAN!

MACAMMANA CARA NAK TAMBAH FOLLOWER

Sedang tambah mencari -cari formula untuk tambah follower. tolong bantu bagi tips untuk blogger baru macam saya ... :-)



Ni saya link kan blog yang saya refer INI KISAH TIA

Tuesday, 17 April 2012

Brown Paper & Doily Paper

Ingat lagi tak entri mengenai Flower Roller Tape ?

So, di sini dipaparkan apa yang kita boleh buat dengan Flower Roller Tape ini. 
Aku bercadang untuk menggunakan Flower Roller Tape ni untuk hiasan / deco brown paper bag.

Mula-mula tak tau kat mana nak cari Flower Roller Tape ni. Tapi Sabtu lepas, jalan-jalan dengan adik aku, Yan ke Jusco Bukit Indah. Terus ke DAISO, dengan harapan menggunung moga-moga adalah Flower Roller Tape idaman aku.


Sampai ke sana, ha...! memang ada, tapi colour yang berkenaan tak kena dengan warna pilihan hati. Yang agak-agak dekat cuma Roller Tape kat bawah ni. Ok lah tu ada juga warna kebiru-biruan. 

Beli kat DAISO RM5.00 




Bahan-bahan yang diperlukan adalah ini, ini, itu, itu dan itu. hehehe..




Ini Doily Paper. Saiz 4 inci. Beli di Kedai Kek kat Taman Perling. Dekat-dekat dengan Maybank & Public Bank Taman Perling, Johor. Harga RM 4. 50 untuk 250 pcs.


Brown Paper. Pun beli kat Taman Perling. RM 4.00 untuk 100pcs. 


 Gunting 



Kertas Origami  RM 1.40 untuk 50 keping


Cara-caranya:
  Potong kertas origami kecil-kecil dan tampal pada sudut bawah brown paper.


 Kemudian, tampalkan pula doily paper pada brown paper



Kemudian, isilah apa -apa goodies yang muat dalam brown paper tu. Selepas tu tampalkan dengan Flower Roller tape yang juga berwarna kebiru-biruan.  Dan.. inilah hasilnya...

,

,

,


,



,











,











,







Simple, mudah, menarik dan murah. Yang paling penting dibuat dengan keikhlasan dan kasih sayang... :-)

Friday, 13 April 2012

Flower Roller Tape

Sangat suka dengan tape bercorak macam ni. Dan teng-teng.. dapat dah idea untuk DIY yang selanjutnya. Tak sabar nak mendeco...

Sumber : modes
Ha.. Cute kan?  Tunggu my next deco dan jadi inspirasi pada b2b yang lain.

Inspirasi Bunga Tangan

Dalam fikiran, dah mula mencari-cari apa jenis bunga tangan yang nak digayakan nanti. Cari-cari dan terjumpa blog Cik Nana. Cik Nana ni memang ratu diy. And dah ramai peminat dia. So kita layan gambar Cik Nana yer... Design bunga ni memang menawan hati dan terbayang-bayang bunga tangan ku nanti. 
Fabric Flower Cik Nana

cuma, pearl putih tu nanti nak tukar ke warna biru. mesti cantik kan?

Thursday, 12 April 2012

Hantaran Pertunangan







DIY: Giant rose Crepe Paper Part 1

  Hari ni tiba2 rasa nak cuba buat Giant Rose Crepe Paper. Niat di hati, pelamin kahwin nanti nak pelamin ala-ala Marion Caunter. Tapi mungkin versi murah la kan.. So, ini lah hasilnya. Giant Rose dari Crepe Paper. Saja suka-suka. Menjadi lah juga..


Yang putih ni, try buat dengan A4 PAPER. keras sgt paper tu.. Takdelah jadi sangat. Rasa sangat bersemangat untuk mencuba dengan foam pulak lepas ni... :-)

Monday, 9 April 2012

D.I.Y : Alas Meja Part I

Minggu lepas, masa kemas-kemas langsir lama mak, terjumpa pulak kain lebihan yang lama-lama..


Hmm... warna dah kena dengan warna tema majlis aku nanti. Tiba-tiba terfikir, bagus kalau dpt di transformkan kain-kain ni menjadi alas meja makan.


Meja makan ada 3. Hmm.. cukup tu nak buat alas meja. Maka semalam aku pun mencuba lah untuk men DIY kan kain-kain lebihan tu menjadi alas meja dengan bantuan mak yang tersayang.




Cara-caranya:

Mula-mula aku ukur dengan kain alas meja yang lama (yang corak kotak-kotak tu).


Nak pastikan tegak, kenalah ukur dengan pembaris ni (bentuk L). Kemudian tanda dan garis dengan kapur jahitan.





Lepas tu, apa lagi. Kita gunting lah.








Yang ni kain lain pulak. Ikuti proses yang sama. Ini nak dibuat alas meja dapur. Hasilnya...?

Jeng.. jeng.. jeng..



Tunggu minggu depan ye.. hehehe

ISI PESANAN ANDA DI SINI

Name:
Email Address:
Tel No:
Mailing Address / Alamat Penghantaran
Your Order (please mention code products if any / Pesanan Anda (sila letakkan kod produk, jika ada)
Payment Via / Bayaran melalui: Maybank2u
CIMB Clicks
RHB
Cash Transfer

Put a website form like this on your site.