Begitu juga saya, Alhamdulillah dengan izin-Nya, telah selamat saya melangsungkan perkahwinan dengan cinta hati saya, En. Hubby pada 07 Februari 2014. Sejak itu kehidupan saya mula berubah. Menjadi semakin sibuk terutama di hujung minggu, maklumlah buat masa ini kami weekend husband and wife. Sorang di Cheras, sorang lagi Skudai. Kehidupan yang agak berubah ini membuatkan agak kurang masa dengan mak, abah dan keluarga masing-masing.
Tetapi berkat bermuzakarah dengan suami dan juga istikharah pada-Nya, maka itulah nekadnya keputusan saya, iaitu meletakkan jawatan sebagai Pengurus R&D & Projek di Johor, untuk memulakan hidup baru bersama suami di Cheras, Selangor.
Begitu beratnya keputusan ini dibuat, tapi berdasarkan ketaatan kepada suami dan redha Allah, saya teruskan juga. Tentu saja keputusan ini mendapat tentangan dari mak, abah dan keluarga saya, tetapi atas dasar tawakkal dan sokongan En. Hubby, saya optimis untuk meneruskan hidup baru ini. Sebelum itu, jom layan gambar-gambar kahwin kami..