Assalamualaikum
& Selamat tengahari untuk pembaca blog ini… :-)
Bersesuaian
dengan nama blog ini “KECANTIKAN SUATU INSPIRASI”, kali ini aku nak berkongsi
tentang kebaikan Rumpai Laut Asli.
Sekarang,
produk ini dah semakin popular penggunaannya lantaran khasiatnya yang dikatakan
boleh meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh manusia. Hmm… kolagen? Wah,
bila mendengar tentang kolagen, tentu antara yang amat-amat berminat tentang perkataan
ini, rata-ratanya adalah wanita kan?
Kerana
kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia dan penting
untuk menyokong sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit
dan tisu badan.
Jadi
berdasarkan fungsi itu, maka nyatalah kekurangan kolagen di dalam tubuh boleh
menyebabkan hilangnya keanjalan kulit. Senang cakap, kulit akan nampak berkedut
dan kurang berseri.
Namun
apa yang nyata, penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap
tahun selepas usia 25 tahun. Jadi bagi wanita yang sudah melepasi umur 25 tahun
ke atas amat perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekalkan atau
sekurang-kurangnya melambatkan proses penuaan kulit.
Tetapi,
jangan risau kerana kekurangan kolagen ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan
tertentu yang tinggi kandungan Vitamin C, Vitamin B Kompleks dan Vitamin E yang
boleh menggalakkan penghasilan kolagen dalam tubuh secara semulajadi.
Jadi,
apa kaitannya dengan Rumpai Laut Asli ni?
Apabila
pertama kali diperkenalkan dengan sahabat aku, Rina dengan rumpai laut ni, aku
pun agak cuak atau teragak-agak nak menggunakannya. Tapi kata orang, tak kenal
maka tak cinta, kan? Pun begitu, kerana
aku berpendidikan berlatarbelakangkan sains dan kerja pun sebagai penyelidik,
maka macam tak boleh lelap mata selagi aku tak tahu, tak mencari dan tak meng “GOOGLE”li
apa itu rumpai laut ni.
Dan
hasil pencairan itu maka tahulah aku bahawa rumpai laut ini atau nama
saintifiknya Eurchema Cottonii adalah
rumpai laut yang banyak hidup di perairan Sabah. Menurut kajian penyelidik
Universiti Malaysia Sabah, rumpai ini amat kaya dengan serat, mineral, protein
dan vitamin.
Kandungan Rumpai Laut
Sumber
|
Kandungan
|
Ash
|
37.15–46.19%
|
Dietary Fibers
|
25.05-39.67
|
Lipid Content
|
0.29-1.11%
|
Macro-Minerals (Na, K, Ca and Mg
|
12.01-15.53%
|
Trace Minerals
(Fe, Zn, Cu, Se and I).
|
7.53–71.53 mg.100 g−1
|
Protein Content
|
9.76%
|
Polyunsaturated Fatty Acid
|
51.55%
|
Eicosapentaenoic Acid
|
24.98%
|
Vitamin C
|
∼35 mg.100 g−1
|
Α-Tocopherol
|
|
Kebaikan
Rumpai Laut
Testimoni
atas Pengalaman Sendiri
Sistem penghadaman lancar, tiada masalah sembelit dan sebagainya.
Pori-pori di muka semakin mengecil, sebab selain di makan, aku
buat sebagai masker. Bukan di muka saja, kat tangan, kaki, malah seluruh badan
pun boleh. Dengan harga yang amat berbaloi-baloi, tak sayang nak lumur kat
seluruh badan. Hari-hari pun boleh.
Meningkatkan kelembapan kulit.
Testimoni
Mak aku yang sama-sama makan
- Mak ada masalah kencing manis dengan julat bacaan12. Tapi lepas sebulan mengamalkan rumpai ni, hari tu check dah turun hingga ke julat 6. Alhamdulillah.
Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang berterusan untuk ibuku..
- Macam biasa, kulit semakin lembab dan kurang kering.
Testimoni Adik aku, Yan, my lovely sister
- Sebelum ni melalui pemeriksaan doctor ada masalah bengkak dalam perut dan ada ketulan kecil. Selepas 2 bulan pengambilan rumpai laut, baru-baru ni check, bengkak dah baik dan ketulan kecil di perut dah takde. Alhamdulillah. Apa pun ini semua atas izin dari-Nya juga.
·
Moga cepat dapat baby, adikku!
Sekarang tengah pujuk abah, supaya rajin-rajin buka peti ais dah makan sendiri ekstrak rumpai laut tu. Abah aku ni memang nak makan, tapi hari-hari nak minta mak sediakan atas meja sebelum sarapan. Kalau mak terlupa. Dia pun terlupa sama. Alahai abah...
Bagi aku, setiap ciptaan Allah pasti ada
kebaikkannya sendiri. Walauapapun, sepertimana yang dianjurkan Islam, buat apa
pun biarlah berpada-pada. Walaupun khasiatnya banyak dan harganya murah,
memadailah mengambilnya sepertimana yang disarankan.
Buat apa pun, makan apa pun, kalau berlebihan
tetap ada mudaratnya. Macam kita makan nasi. Memanglah sebagai sumber
karbohidrat kepada kita, memberi tenaga. Tapi kalau dah berlebihan, tak ke obes
nanti jadinya. Tak gitu?? Hehe..
Okay lah sekian dulu untuk kali ini. Jumpa
lagi di perkongsian ilmiah yang lain.
Sharing is Caring
Bagi yang berminat nak mendapatkan rumpai
laut ni, boleh sms saya di nombor 012-7802512. Harganya murah saja RM 12 untuk
100gram tidak termasuk kos penghantaran. Ianya tahan untuk penggunaan sebulan.
Memang berbaloi… ;-)