Apabila dimuhasabah diri… merenung sejenak perjalanan hidup yang telah kita lalui
selama ini… adakalanya terpaksa kita akui begitu banyak perkara yang tidak terduga
berlaku di dalam hidup kita…
Begitu banyak peristiwa sedih, gembira, suka, duka datang silih berganti mengiringi
perjalanan kita yang masing-masing inginkan kebahagiaan..
Suatu ketika, kita diuji dengan cinta sesama manusia.., dia datang dalam hidup kita...
Menceriakan hidup kita yang sepi atau biasa-biasa saja sebelum ini…
Dia datang.. menjadi peneman hidup kita.. selalu berhubungan, sering bertanya khabar..
dari jauh asyik berpandangan, buat-buat tak perasan, apabila berhadapan tidak bersapa,
tetapi di dalam hati menyulam perasaan yang berbunga-bunga… bila dia hilang, hati
tertanya-tanya ke mana dia pergi..
Setiap hari kita tertunggu panggilan dari dia, mesej dari dia atau emel dari dia…
kehadirannya membuat kita ceria… perkara pertama yang diingat bila bangun pagi..
tengok handset.. ada tak mesej dari dia… eh! Ada.. hati gembira tak terkata… senyum
sampai ke telinga… tak cukup dengan mesej, telefon pulak… kegembiraan pada pagi itu..
dibawa sampai ke malam…
Bila malam, kita bermesej lagi.. Nite ... sweet dream… masa tu, hidup terasa indah.. alam
sekeliling penuh dengan warna warni...
Masa tu, hati pun mula berkata, mungkin dia lah pilihan yang tepat... bila kita mula
berminat untuk mengenali seseorang..., segala-galanya tentang dia dilihat menarik dan
menyenangkan.. kenapa ye...?
Segalanya tentang dia, ingin kita ketahui.. dia suka makan apa…, tinggal di mana..,
berapa jumlah adik beradik dia... siapa mak ayah dia.. kampung di mana...
Kita mula meluangkan sedikit masa… memberi peluang untuk dikenali dan mengenali
dia… sedikit sebanyak, rutin hidup kita pun mula berubah kerana dia... hmmm..
bergantung juga siapa yang dominant kan… kalau kita dominant, kita yang akan
pengaruhi hidup dia… tapi bila dia yang dominant… kita yang terikut-ikut cara hidup
dia..
Kalau cara hidup yang baik… eloklah tu… bila sebaliknya, itu yang payah…
Kita pun menjadi semakin lupa.. kadang2 sebab dah happy coz dah ada orang bersama
kita, kita pun lupa kat pencipta kita sikit… walaupun solat 5 waktu tetap tak tinggal…
Masa dengan keluarga pun, dah semakin berkurangan… hanya untuk dia…
Masa bulan puasa dan raya pula adalah masa yang paling manis dan syahdu... yelah,
puasa sama-sama, kadang-kadang kita berbuka puasa bersama... sahur pulak, saling
mesej atau miss call supaya orang yang disayangi bangun dan tidak terlepas waktu
bersahur.. ada masa terluang, pergi ke pasar ramadhan bersama.. pendek kata memang
seronok lah...
Bila raya, terpaksa berjauhan.. maklumlah, takde apa2 ikatan.. kenalah raya sendiri2...
Buah tangan untuk keluarga insan tersayang mesti ada.. ibarat pengganti diri..Tapi mesej
dan telefon pada yang tersayang tetap tak dilupa... saling bermaafan..syahdu dan sedih
sebab terpaksa berjauhan dengan yang diingati...
Bila musim raya, ada satu hari yang memang diperuntukkan untuk mengunjungi rumah si
dia, dan mempersiapkan rumah kita untuk dia kunjungi... dunia masa tu, penuhlah dengan
bunga-bunga cinta..
Itu belum lagi bila kita atau dia outstation, rasa tak sabar sangat nak balik.. tak kira
outstation dalam negeri ke... hingga ke luar negeri pun kita sanggup je call dia.. tak kisah
pun bil melambung ke, bayar mahal ke.. yang penting dapat dengar suara dia...rindu.. ada
saja cenderahati yang di bawa balik.. tanda ingatan.. kalau boleh apa yang kita ada, kita
nak dia ada juga...
Bila ada masalah, orang yang pertama dicari adalah dia.. segala2nya keutamaan adalah
dia... masa tu, kepala serabut macammana pun tak kisah. Sebab dia ada untuk dengar
masalah kita.. tak dapat selesaikan pun tak pe, yang penting, ada orang dengar pun dah
cukup... masa tu, bila kita suka, dia gembira.. bila kita sedih, dia berduka... baru aje
teringat-ingat dia, eh tiba2 dia call... seolah-olah dia berkongsi hati dengan kita... bila kita
senyap ditanya khabar, bila rajuk dipujuk... kiranya tak sempatlah nak merajuk lama.. tak
sampai satu hari, dah ada mesej yang dtg...
Tapi...
Mengapa ye.. musim indah itu hanya seketika...? ada sesetengah orang, dapat merasai
keindahan musim itu bertahun-tahun..., ada yang setahun, ada yang 6 bulan, 3bulan...
kenapa ye...? kenapa sukar untuk setiap dari kita mengekalkan keindahan itu...
Bila dah semakin lama kenal, kenapa si dia tidak lagi semesra itu... semakin lama
mengenali, semakin dia pandai menyenaraikan kesilapan2 kita... banyak yang kita buat
serba tak kena pada dia... dia yang dulunya membahagiakan, membuat kita tersenyum
sepanjang hari, akhirnya mula menghadiahkan air mata pada kita...
Banyak faktor kepada perubahan itu, antaranya, kita tak sesuailah... Dah ada komitmen
lain lah, perkenalan kita suatu kesilapan yang tak sepatutnya berlakulah...sibuklah... dah
ada kawan lain lah...
Hmmm.. kenapa ye, fitrah alam begitu kitarannya...? dari perspektif insan yang
ditinggalkan... kita mula tertanya-tanya, apa silap aku... apa yang tak kenanya... mana
kurangnya aku... ? kenapa dia berubah...? menjawab panggilan telefon pun dia tak sudi...
membalas mesej apatah lagi... tak dinafikan, kita pun bukan sempurna... ada salah
silapnya... tapi kenapa begini caranya kita dihukum... dia pun tidak sempurna, tapi kerana
dah terlanjur sayang... kita terima dia seadanya...
Mana perginya caring nya dia yang dulu...? mana dia yang dulu...? mana sifat belas
kasihannya? Mana..
Bagaimana ye, harus dibiasakan hidup tanpa dia. Bermula dengan kosong semula..
menganggap dia seolah2nya tiada.. padahal kita tahu dia ada...
Hidup mula dirasakan terlalu sepi tanpa dia... terlalu sepi.. kita cuba ketawa dan gelak
seperti biasa.. mencuba dan terus mencuba memulakan hidup tanpa dia... hidup kita mula
dipenuhi dengan terlalu banyak airmata...
Adakala kita fikir kita kuat. Tapi adakalanya kita lemah.. mulalah, buang ego, buang
perasaan malu... tangan gatal mendail nombor dia.. memadailah mendengar suara...
malunya... sadisnya keadaan kita pada ketika itu... itulah akibatnya kerana terlalu sayang..
sampai lupa sayang diri sendiri...
Inilah kitaran hidup... entahlah.. terima sajalah... lalui perjalanan hari demi hari... selagi
ada nyawa, selagi itu kita wajib meneruskan hidup.. walaupun, hakikatnya hati kita goyah
nak tempuh hidup bersendirian... ibarat berjalan di dalam hutan... dah biasa berteman,
tiba2 kena jalan seorang pula... menakutkan...
Kenapa ye, masih ada lagi perasaan sayang pada orang yang telah mengecewakan kita...
masih lagi tersisa rasa kasih pada dia, sedangkan dia telah membuat kita jatuh, yang
membuatkan kita terpaksa merangkak dan bertatih semula untuk meneruskan hidup...
Kenapa kita tetap rindu... sedangkan kali terakhir kita tatap wajahnya... kita telah sedaya
upaya menyimpan imej dia dalam ingatan kita... macammana bibirnya, hidungnya...
matanya.. semuanya telah kita rakam pada saat pertemuan terakhir itu... tetapi tetap juga
kita rindu pada orang yang kita katakan telah mengecewakan kita... adakalanya kita
bercakap sendirian, seolah-olah dia dihadapan kita, tapi hakikatnya dia telah terlalu jauh
meninggalkan kita...
Adakala kita keliru, dengan apa yang telah dilakukan, apakah kita patut membenci dia
atau berterima kasih pada dia.. apakah kita patut kesal atau bersyukur dengan
kehadirannya..
Ibarat hendak mengubat penyakit, terpaksa menelan ubat yang sgt pahit untuk kembali
sembuh... bagi mengubat sakitnya ditinggalkan... kesepian dan tangisan itulah ubatnya...
bila dah berseorangan baru ingat kembali pada Pencipta....baru sedar yang diri kita ini
hanyalah hamba yang tak punya apa2 tanpa cinta-Nya...
Nyatalah cinta itu satu pengorbanan, siapa yang lebih menyintai siapa, biasanya dia yang
lebih terkorban.. cinta itu juga bermaksud `membebaskan orang yang kita cintai...
bebaskan dia pergi semahu dia...’..
Tapi perlulah kita fikir secara rasional, kalau panjang usia, 10-20 tahun lagi, tatkala
mengenangkan kisah itu, harapnya pada masa itu, kita sudah mampu tersenyum
mengenangkan kebodohan kita yang terlalu lemah pada cinta...
Inilah kitaran pencarian... terus mencari dan mengenali sehingga dipertemukan dengan
insan yang meminjamkan rusuknya pada kita, atau yang meminjam rusuk kita... hmmm..
bagaimana pula jika rusuk yang dipinjam lebih dari satu... ahh... lagi persoalan yang
rumit.. lagi kusut jika difikirkan...
Dalam hidup ini, kita akan terus berjumpa dan terus mengenali insan baru...dan bagi
seorang aku, aku amat berharap Pencipta masih mengasihi aku walaupun begitu
banyaknya dosaku padaNya, moga tetap dihadirkan peneman hidupku di dunia dan
akhirat... Amin...
Nukilan:
Noraha ML
Nukilan ini ditulis 2-3 tahun yang lepas, saat diri dibelenggu dengan persoalan tanpa kesudahan